Service gearbox automatic
Gear box auto saya dah nak problem,tanda-tanda nak rosak dah
ada,masuk gear drive tak nak jalan,,,kadang-kadang tu tukar gear pon jadi ter free.Tak berani
dah nak bawa kereta ni keluar takut kantoi kat tengah jalan.hu! hu! Nak kena
tukar gear box baru ke??ringgit Malaysia
lagi nih…fakir punya fakir saya nak cuba service dahulu gear box
ni,mana tahu boleh diselamatkan lagi…
Barang yang diperlukan
4liter minyak gearbox,filter,gasket dan gasket sealent
minyak,gasket,filter dan gasket maker
minyak,gasket,filter dan gasket maker
1.start dan panaskan engine kereta beberapa minit,tarik
handbreak dan tekan break kemudian gerakan tombol gear ke semua peringkat gear..dari P-à
L.lakukan beberapa kali,kemudian off engine.
2.Jack kereta,buka skrew di oil sum dan di sebelah kanan
gear box.biarkan minyak menitik sampai kering.
buka dua skrew ni
biar minyak mengalir sampai kering
biar minyak mengalir sampai kering
3.buka semua skrew di
oil sum,tanggalkan oil sum dari gear box,kalau susah nak cabut ketuk sedikit
oil sum dengan tukul getah.
oil sum dah dibuka dari gear box
4.Bersihkan penakung minyak dari segala kekotoran,kikis
gasket lama sehingga bersih berkilat.cuci penakung minyak sehingga bersih dan
keringkan ia.
dah kilat saya cuci dengan serbuk sabun ,lepas tu keringkan kat tgh panas matahari
5.Buka penapis minyak dari gearbox,ada empat
skrew semuanya
penapis minyak dah kotor
6.bersihkan gasket yg melekat di gear box
7.Pasang filter baru ke gear box semul
8.sapu satu lapisan nipis gasket maker dipermukaan oil
sum,lekatkan gasket baru,dipermukaan gasket sapukan lapisan nipis gasket maker
juga.(jangan terlalu tebal nanti minyak keluar).
gam gasket
sapukan gam gasket
9.Pasang semula penakung minyak ke gear box.Ikat skrew
secara bersilang .Ketatkan
secukupnya.(jangan terlalu kuat nanti skrew boleh haus atau patah).
10.Pasang dua skrew drainage(di lubang minyak keluar)
11.Isikan minyak gear box baru,gunakan corong dan pipe untuk
mengisi minyak .semasa mengisi minyak ,kenderaan mestilah berada ditempat yg
rata.Isi lebih kurang 3 botol setengah
dahulu.Start engine ,running untuk beberapa minit,tarik handbrake dan masuk
gear N(neutral).Ukur minyak gear dgn dipstick.Kalau kurang tambahkan lagi
minyak sampai ke tahap optimum.
corong dan pipe utk mengisi minyak gear box
isi minyak disini
13.Akhir sekali check dikawasan sambungan gasket di penakung
minyak dan sambungan pipe tidak ada sebarang kebocoran disitu….
*** semasa service gear box saya terus pasang oil cooler
jasma sekali..Dah seminggu test kereta Alhamdulillah gearbox masih berfungsi
dengan baik,gear pun dah terasa ringan(harap-harap boleh la pakai lama sikit
gearbox ni sementara nak tukar yang baru)….next post saya tunjukan cara-cara
pemasangan oil cooler……ok chow,,jangan cilok mencilok….
ATF oil cooler