Cara cara menukar bateri kereta
Biasanye jangka hayat bateri adalah dua hingga ke tiga tahun.kalau dah lebih 2 tahun tu bersiap sedialah bila-bila masa saja bateri boleh kong,salah satu tanda apabila hendak menghidupkan engine kita akan perasan starter macam tiada tenaga untuk menghidupkan engine.Periksa air bateri dahulu,kalau kurang tambahkan air bateri secukupnye.tapi kalau bateri kering(free maintance ) ada penunjuk di atas bateri.,jadi kalau dah confirm bateri dah rosak tukarlah dengan yang baru,bateri lama boleh tukar dgn bateri baru,biasanye kedai ambil rm10,,harga bateri size n40 rm120 dan jaminan setahun.
bateri baru |
Menukar bateri kereta memanglah mudah,tapi kalau tersilap cara akan mengakibatkan litar atau ecm/ecu kereta rosak dan terbakar.
1.Mula-mula buka cable clamp di punca negative bateri dahulu.
buka terminal negative dahulu,tgk anak panah |
2.kemudian buka cable clamp di punca positive bateri.
3.bersihkan cable clamp dari semua kotoran,karat atau serbuk putih yang melekat,gunakan berus dawai untuk kerja pembersihan.
4.buka bateri holder.
5.keluarkan bateri dan masukkan bateri baru
6.untuk pemasangan,pasang cable bateri ke terminal positive dahulu,kemudian akhir sekali pasang cable ke terminal negative,semasa cable negative bersentuh dengan terminal bateri negative akan ada percikan kecil api,,itu adalah normal,ketatkan wayar clamp kemas-kemas.pasang semula bateri holder,,ok siap..