Tuesday, July 2, 2013

Membaiki lampu signal belakang


Membaiki  lampu signal belakang

1.signal belakang dah tak berkelip,patulah bila nak memotong asyik kena hon je,,sori bos tak perasan signal rosak.Kerosakan adalah disebabkan oleh breket yang memegang mentol signal dah pecah dan nampak kesan terbakar kat situ.

2.huh lega rasanye dah tahu punca kerosakan,asalkan jangan wiring sudahlah,saya pon potong wayar signel dan bawa terus ke kedai sparepart malangnye dia tak jual utk signel sebab wayar tu datang sekali dengan lampu utama,harganya rm80.mahal betul wayar dan breket  saja,tak nak beli lah,saya fakir lebih baik cari satu breket yg hampir serupa ,puas mencari akhirnya dapat satu, harganya rm3 saja.,trim sikit dgn gergaji  sampai menyerupai breket asal.


tapak positive dah pecah



breket mentol signal baru



3.kerat wayar signel yg bersambung dengan mentol utama
4.buka mentol dari lampu utama supaya anda boleh buat penyambungan wayar diluar dengan selesa


5.sambungkan wayar  negative ke negative,,dan positive ke positive,tapekan wayar tadi dengAN SELAMAT.


sambung wiring lampu dan signal

6.Pasang kembali wayar dan breket ke tempat asalnya semula…test lampu utama dan signal beroperasi seperti biasa…selesai


looking for car performence part click >>>>http://performenzone.blogspot.my/

Friday, June 14, 2013

memasang radiator fan switch proton wira

selepas fan switch baru ni dipasang ,kipas radiator akan berpusing pada suhu 80degree celcius,kalau sensor original kilang kipas hanya akan start berpusing pada suhu 93 degree celcius,engin kereta dah tak berapa elok,sebab head gasket dah bocor,piston ring pon dah berbunyi,suhu kereta akan cepat naik kalau kereta sangkut kat jem bejam-jam, 


1.lokasi switch ni ada dibawah radiator.





2.sebelum membuka switch ni,pastikan radiator tidak panas,jeck kereta dan sediakan mangkuk untuk menadah air yang akan terpancut dari radiator.

3.tarik saja soket yg bersambung dengan sensor,guna spana dan buka sensor tersebut,semasa membuka hati hati dengan mata ada kerana air tu boleh terkena mata anda.


tarik wayar soket dan buka sensor
4.pasang sensor baru,ketatkan secukupnya,dan sambung semula soket,start engine dan check jika ada berlaku kebocoran di sekeliling sensor tadi..
pasang sensor baru
sambung soket semula


looking for car performence part click  >>>>> http://performenzone.blogspot.my/

Wednesday, June 5, 2013

memasang bateri kereta

Cara cara menukar bateri kereta
Biasanye jangka hayat bateri adalah dua hingga ke tiga tahun.kalau dah lebih 2 tahun  tu bersiap sedialah bila-bila masa  saja bateri boleh kong,salah satu tanda apabila hendak menghidupkan engine kita akan perasan starter macam tiada tenaga untuk menghidupkan engine.Periksa air bateri dahulu,kalau kurang tambahkan air bateri secukupnye.tapi kalau bateri kering(free maintance ) ada penunjuk di atas bateri.,jadi kalau  dah confirm bateri dah rosak tukarlah dengan yang baru,bateri lama boleh tukar dgn bateri baru,biasanye kedai ambil rm10,,harga bateri size n40 rm120 dan jaminan setahun.
bateri baru

Menukar bateri kereta memanglah mudah,tapi kalau tersilap cara akan mengakibatkan litar atau ecm/ecu kereta rosak dan terbakar.
1.Mula-mula buka cable clamp di punca negative bateri dahulu.

buka terminal negative dahulu,tgk anak panah

2.kemudian buka cable clamp di punca positive bateri.


3.bersihkan cable clamp dari semua kotoran,karat atau serbuk putih yang melekat,gunakan berus dawai untuk kerja pembersihan.

4.buka bateri holder.

5.keluarkan bateri dan masukkan bateri baru



6.untuk pemasangan,pasang cable bateri ke terminal positive dahulu,kemudian akhir sekali pasang cable ke terminal negative,semasa cable negative bersentuh dengan terminal bateri negative akan ada percikan kecil api,,itu adalah normal,ketatkan wayar clamp kemas-kemas.pasang semula bateri holder,,ok siap..

looking for car performance part click >>>>http://performenzone.blogspot.my/

Thursday, May 23, 2013

menukar produa viva belt

bunyi bising bedecit-decit yang nyaring keluar dari engine biasanye datang dari bunyi belt engine.masalah macam ni biasanya boleh diatasi dengan mengetatkan belt semula atau menukar terus belt yang sudah rosak.belt yang saya nak tukar kali ni adalah untuk engine viva ,belt yang terlibat adalah belt econ,power stering dan alternator.

1.oleh kerana ruang yang sempit bumper depan saya buka terlebih dahulu



2.buka belt power stering dahulu,buka satu skrew di tensioner dia,tarik power stering pump kearah anda untuk memudahkan menarik keluar belt tersebut'
skrew tensionar dah buka

belt dah buka
3,buka belt aircond,


longgarkan skrew  tensionar aircond


longgarkan dua skrew diatas



,belt aircond dah buka



4.akhir sekali buka belt alternator,ada dua skrew alternator utk dibuka,maaf gambar  tak dapat  nak ambil sebab  terlalu sempit.

5.untuk memasang ,pasang bell yang bahagian dalam dahulu,pasang alternator belt,aircond dan akhir sekali power stearing.untuk menegangkan belt gunakan satu batang besi tolak pam sampai belt tegang dan ketatkan skrew tensionar.





gunakan batang besi ,tuil kat compressor /pump sampai belt tegang barulah ikat skrew tensionar..


ok dah seleasi ,,,barulah best senyap dah bunyi tikus berdecit-decit






looking for car performance part click >>>>>>>saujana autopsrt

Saturday, May 11, 2013

Memasang sport light kereta


Memasang sport light kereta
Assalamualaikum  dan selamat sejahtera pada kawan-kawan semua,kali ni  diy saya nak kongsi cara pasang sportlight,agak mudah juga nak pasang sport light kereta ni,Cuma kena sabar sikit sebab kena bayak menyambung dan selit menyelit wayar.sebelum memulakan kerja pemasangan  fahami  terlebih dulu gambarajah litar sport light.sebagai contoh lihat gambarajah litar di bawah..

Bahan-bahan yang diperlukan wayar,tape,fius 20amp,realy 30amp,sport light ,cable tie.dll.
Ok sebelum mula kalau tak yakin boleh la anda buat litar kat luar dahulu
Realy 30ampre brand bosch rm10


Litar percubaan

Sport light



Kalau dah yakin barulah rancang wiring sebenar kat kereta anda

1.buka bumper
2.pasang sport light kebumper,biasanya sport light ada kaki,saya punya tak ada,so kena buat sendirilak mounting dia.
modified tapak sport light



3,mula mula buat wiring suis=dari kaki relay nombor 85 sambung wayar ke ignition/accessory/bateri (ikutah mana yg sesuai utk kereta anda dan kesukaan anda)saya sambung ke bateri sebab wiring kat bawah dashboard dah berselirat),tebal wayar 1mm,di tengah tengah wayar pasang satu suis on/off untuk control sport light.suis kena tempatkan di dashboard.

suis 
relay

wayar suis masuk bawah dashbod

4,sambungan wayar sport light= dari kaki relay bernombor 87 sambungkan wayar bersaiz 5mm ke kiri dan kanan sport light.di setiap sport light mesti buat sambungan ke wayar graound juga.
wayar sport light tarik  ke belakang bumper
sambungkan wayar positive  kiri dan kanan sport light

5.buat sambungan grounding di relay bernombor 86
6.akhir sekali sambung relay 30 ke punca positive bateri ,diwayar tersebut pasang satu fius 20ampere.,tebal wayar 5mm..kalau nak cantik ,selamat  dan tahan lama ,wayar –wayar tadi kena masuk dlm wayar casing.
7,test lampu dulu kalau menyala baru pasang bamper semula...selesai

test sport light terlebih dahulu

ok siap,,,

looking for car performance part click >>> http://performenzone.blogspot.my/

Friday, April 26, 2013

MENGESAN KEBOCORAN ARUS WIRING KERETA

Arus electric sangat penting untuk menghidupkan engine dan menjalankan komponen komponen lain dalam   kereta anda,tak ada arus tak bermaknalah  kereta anda.post kali ni saya nak kongsi cara mengesan kebocoran arus dilitar kereta anda,kenderaan yang megalami masalah ni biasanye akan mengalami kehilangan cas bateri sekiranye kereta parking terlalu lama,misalnya kereta tak dipandu selama dua hari cas bateri dah habis.padahal bateri  ok dan alternator masih boleh mengecas  dengan baik.


1,peralatan yang diperlukan adalah test lamp,alat ni saya buat sendiri,dah cari merata tempat tak de kedai yang jual.saya beli mentol 12volt,tapak mentol,wayar dan aligator clip,buat litar lampu ,jadilah satu test lamp.

test lamp
2,mula-mula buka semua wayar di kepala bateri dari punca negative,


buka semua wayar dari punca negative



3.sambungkan test lamp ke wayar negative yang dicabut tadi dan satu clip lagi ke kepala bateri negative,sekiranya mentol test lamp menyala bermakna litar pintas berlaku disalah satu wiring kereta anda .








sambugkan satu clip dari test lamp ke wayar negative dan satu clip lagi ke punca negative bateri,,"'



kotak fius


 

mentol test lamp menyala,ada masalah dengan litar

4.untuk mencari litar mana yang bermasalah anda kena pergi  ke kotak fius dan cabut fius yang anda rasa ada masalah.bila anda cabut satu fius ,contoh  litar radiator fan,lampu test lamp masih menyala=bermakna litar kipas radiator tiada masalah,pasang semula fius tadi,kemudian anda buka pula fius litar lampu,tiba tiba  mentol test lamp padam=ini bermakna litar lampu ada masalah,dan begitulah seterusnya check setiap fius dan relay.
cabut fius























mentol padam bila fius dicabut,bermakna litar tersebut ada masalah
5.ok dah jumpa litar yang bermasalah,segeralah baiki atau tukar dgn wiring baru..



looking for car performance part click >>> http://performenzone.blogspot.my/




Saturday, April 6, 2013

MEMASANG LAMPU WIRA BELAKANG / TAIL LAMP

wira tail lamp
Lampu yg lama dah pudar sangat, jadi teringin juga nak tukar yang baru,tail lamp ni pakai lampu led,smart  juga nampaknye,taiwan made nampak kukuh.buka dan pasang amat mudah kalau buat sambil santai 1 jam boleh siap
haya guna spana saiz 10mm
1-mula-mula cabut wire mentol
wayar tail lamp
2.buka semua skrew yg memegang lampu
buka lampu lama

















buka semua skrew yg kat atas tu


lampu dah buka



3,selepas semua skru dibuka tarik saja lampu keluar,,kalau masih lekat ketuk sedikit kepala skrew dgn tukul getah.

4.pasang lampu baru,ikat semula skrew yang dibuka tadi dan pasang semula wayar mentol   


ok dah selesai bahagian lampu bawah..

5.utk bahagian lampu atas caranye pun sama juga,cabut semua skrew yg memegang lampu tersebut
cabut semua screw yg kat atas ni,,lepas tu tarik keluar lampu lama dan pasang lampu yang baru



ok dah selesai,,test semua lampu.....

performance part catalogue

performance part catalogue
car performance part

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails