Saturday, January 15, 2011

membuka dan memasang radiator

Dalam perjalanan ke Bandar saujana Putra,tiba-tiba suhu kereta dah naik sampai 120degree.Bosan betul tak habis-habis masalah.saya cepat-cepat tutup aircond...ha ha selamat suhu dah turun ke 90degree.Teruskan perjalanan malas nak cek engine,asalkan suhu ok bawak jee..balik rumah nanti baru troubleshoot masaalah ni.(kalau jalan jem jangan pandu kereta kerana suhu disekeliling kereta anda akan menambahkan kepanasan keatas engine kereta,kalau jalan clear angin dari luar boleh membantu menyejukkan engine kereta anda)

Sampai rumah terus check,rupanye air radiator dah kering.Tambahkan  air(bahaya!!!!tunggu radiator sejuk dulu baru buka penutup radiator)Tambah air sampai penuh kemudian start engine..dah nampak air keluar dari radiator sah la radiator saya dah bocor..so kene welding lah radiator ni.
Untuk membuka radiator pastikan radiator ada berada dalam keadaan sejukbarulah anda mulakan kerja.
Kerana kesuntukan masa kali ni saya membuka dan memasang secara short cut,kerja cepat tapi bersepah sikit.
caranye..
1.Buka hose radiator atas.
2.Buka mounting radiator bahagia atas

mounting radiator

mounting dah dibuka
3.Buka hose radiator bahagian bawah

hose bawah
4.Buka clip yang memegang dua hose gearbox ,melekat di kipas radiator

kedudukan clip hose minyak gear box
5.cabut hose minyak gear box yang melekat di radiator(kereta manual tak ada,hanya gear box auto sahaja)

cabut hose minyak gear auto
6.Cabut wire kipas radiato,air cond dan wire suis sensor suhu,lepas tu tarik keluar radiator dari  ruang engine

                                                                tarik keluar radiator

                                                  radiaor dah dicabut dari engine bay
8.Buka kipas radiator dan hose radiator
tinggal radiator saja
9.bawa radiator ke kilang
10.Lepas ditest oleh technician disitu,dia kata radiator sudah bocor.
11.Kene welding kosnye rm10

                                            kalau bocor lagi alamatnye kene tukar yg atas ni la


Pemasangan

12.Pasang kipas radiator
13.Pasang hose radiator bawah


14.Pasang gear box hose ke radiator

16.Pasang radiator hose bawah



17.Pasang clips gear box hose

18.Pasang radiator hose bahagian atas



19.Masukkan radiator ke mounting bahagian bawah
20 pasang mounting di bahagian atas



21.Ketatkan semua sekeru secukupnya.
22.Tambah air dan coolant ke dalam radiator dan test suhu  dan kipas radiator kereta anda.Akhir sekali pastikan tiada sebarang kebocoran di kawasan pipe dan radiator...selesai
suhu dah ok
                    

                                                   coolant

Diypomen facebook

looking for car performance part click >>> http://performenzone.blogspot.my/

Tuesday, January 4, 2011

MENUKAR LAMPU BAHAGIAN DALAM KERETE

lampu bumbung dalam kereta dah rosak.Kali ni nak tukar lampu led yang empat segi pulak.Dah boring dengan bentuk yang bulat.

Mula-mula buka lampu yang rosak.Caranya tarik lampu ke kiri atau kekanan sehingga ia tercabut dari breketnye.
2.Buka sambungan wayar ,semuanya ada 3 wayar

3.Buat sambungan wayar baru,tapi masukan wayar ke dalam lubang breket terlebih dahulu.
Penyambungan wayar
1 wayar ground
1 wayar lampu
1 wayar suis pintu

Test lampu ,kalau dah ok ,pasangkan breket ke bumbung kereta

Pasangkan lampu ke breket,hanya seletkan lubang lampu ke penyangkok breket...selesai


Diypomen facebook

performance part catalogue

performance part catalogue
car performance part

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails