Sunday, October 9, 2011

Membuka dan memasang break pad kereta


Membuka break pad tidaklah sesukar mana sekiranya anda tahu cara yang betul.kalau baru belajar rasanya ambil masa 1 jam  setengah sahaja.kalau dah pro mungkin dalam setengah jam sahaja.
1.peralatan yang diperlukan
Soket  saiz yg sesuai,ragum g,skrew driver besar,tukul,penyembur pembersih break
1.Jek kereta dan buka tayar hadapan(ikut langkah keselamatan jangan buat short cut bahaya)
2.tekan piston caliper sehingga masuk kedalam supaya memudahkan anda memasukan break pad yang baru kelak.
3.buka dua skrew yg memegang break caliper

3.tarik keluar break pad dari tempatnye,sekiranya ketat cungkil dengan crewdriver untuk mengeluarkannya
Saya punye break pad dah habis terus,tinggal plat besi je!!!!!..jangan tiru mcm saya,,tukar sebelum habis,,saya tak de masa nak tukar,,,dah kronik baru tukar nih,apa nak buat masa tak mengizinkan.

Break pad baru,.saya punye cap ayam rm20 ringgit,nak elok ambil yang harga rm60

Sebelum pasang yg baru bersihkan break anda dengan menggunakan pembersih break(ada dijual kat kedai spare part,..awas jgn bersihkan pakai angin !!! habuk asbestos beracun…saya cuci dengan air saja
4.pasang break pad baru ke tempatnye semula,pastikan shim dank lip bawah dipasang



5.pasang break caliper,ikatkan dua skrew  semula seketatnya.
Untuk panduan dikaliper ada lubang sebagai penunjuk ketebalan break pad anda
6.Pasangkan tayar semula.pam break anda sehingga tekanan break sempurna.pandu dan test break anda...selesai.




.looking for performance part>>>>>>>> http://performenzone.blogspot.my/

Diypomen Facebook



Tuesday, September 27, 2011

doch cam pulley transparent cover

brand new

doch cam pulley transparent cover
dohc  4g93, 4g93t gsr
price rm110

for inquiry call 012 9720635 shohaime


for more item click here>>>>>>garage sale

Thursday, September 8, 2011

defi meter

saya baru pasang defi rpm dan water tempreture
1.Pemasangan meter lebih kurang sama dgn pemasangan water tempreture yg sebelumnye cuba lihat pos terdahulu.
2.untuk defi meter rpm,sambung wayar power dahulu iaitu positive dan negative kemudian pasang wayar sensor rpm.wayar sensor sambung di negative coil atau di ecu,lepas tu set meter ke 4 piston atau 6 piston
3.utk water tempreture,sambung power dan water sensor,kalau x muat yg kat engine kena cari adaptor yg sambung di hose radiator tuh...
4.warna lampu juga boleh diset ke warna merah atau putih
5.Kat bawah ni saya ada upload video meter defi ,bila on saja suis dia akan berbunyi dan dua-dua warna meter akan keluar...




diypomen facebook
looking for car performance part ,click >>>>>http://performenzone.blogspot.my/

Saturday, January 15, 2011

membuka dan memasang radiator

Dalam perjalanan ke Bandar saujana Putra,tiba-tiba suhu kereta dah naik sampai 120degree.Bosan betul tak habis-habis masalah.saya cepat-cepat tutup aircond...ha ha selamat suhu dah turun ke 90degree.Teruskan perjalanan malas nak cek engine,asalkan suhu ok bawak jee..balik rumah nanti baru troubleshoot masaalah ni.(kalau jalan jem jangan pandu kereta kerana suhu disekeliling kereta anda akan menambahkan kepanasan keatas engine kereta,kalau jalan clear angin dari luar boleh membantu menyejukkan engine kereta anda)

Sampai rumah terus check,rupanye air radiator dah kering.Tambahkan  air(bahaya!!!!tunggu radiator sejuk dulu baru buka penutup radiator)Tambah air sampai penuh kemudian start engine..dah nampak air keluar dari radiator sah la radiator saya dah bocor..so kene welding lah radiator ni.
Untuk membuka radiator pastikan radiator ada berada dalam keadaan sejukbarulah anda mulakan kerja.
Kerana kesuntukan masa kali ni saya membuka dan memasang secara short cut,kerja cepat tapi bersepah sikit.
caranye..
1.Buka hose radiator atas.
2.Buka mounting radiator bahagia atas

mounting radiator

mounting dah dibuka
3.Buka hose radiator bahagian bawah

hose bawah
4.Buka clip yang memegang dua hose gearbox ,melekat di kipas radiator

kedudukan clip hose minyak gear box
5.cabut hose minyak gear box yang melekat di radiator(kereta manual tak ada,hanya gear box auto sahaja)

cabut hose minyak gear auto
6.Cabut wire kipas radiato,air cond dan wire suis sensor suhu,lepas tu tarik keluar radiator dari  ruang engine

                                                                tarik keluar radiator

                                                  radiaor dah dicabut dari engine bay
8.Buka kipas radiator dan hose radiator
tinggal radiator saja
9.bawa radiator ke kilang
10.Lepas ditest oleh technician disitu,dia kata radiator sudah bocor.
11.Kene welding kosnye rm10

                                            kalau bocor lagi alamatnye kene tukar yg atas ni la


Pemasangan

12.Pasang kipas radiator
13.Pasang hose radiator bawah


14.Pasang gear box hose ke radiator

16.Pasang radiator hose bawah



17.Pasang clips gear box hose

18.Pasang radiator hose bahagian atas



19.Masukkan radiator ke mounting bahagian bawah
20 pasang mounting di bahagian atas



21.Ketatkan semua sekeru secukupnya.
22.Tambah air dan coolant ke dalam radiator dan test suhu  dan kipas radiator kereta anda.Akhir sekali pastikan tiada sebarang kebocoran di kawasan pipe dan radiator...selesai
suhu dah ok
                    

                                                   coolant

Diypomen facebook

looking for car performance part click >>> http://performenzone.blogspot.my/

Tuesday, January 4, 2011

MENUKAR LAMPU BAHAGIAN DALAM KERETE

lampu bumbung dalam kereta dah rosak.Kali ni nak tukar lampu led yang empat segi pulak.Dah boring dengan bentuk yang bulat.

Mula-mula buka lampu yang rosak.Caranya tarik lampu ke kiri atau kekanan sehingga ia tercabut dari breketnye.
2.Buka sambungan wayar ,semuanya ada 3 wayar

3.Buat sambungan wayar baru,tapi masukan wayar ke dalam lubang breket terlebih dahulu.
Penyambungan wayar
1 wayar ground
1 wayar lampu
1 wayar suis pintu

Test lampu ,kalau dah ok ,pasangkan breket ke bumbung kereta

Pasangkan lampu ke breket,hanya seletkan lubang lampu ke penyangkok breket...selesai


Diypomen facebook

Friday, September 17, 2010

Break disc belakang berbunyi kuat

Perjalanan balik dari kuala lipis ke koyan tiba-tiba semasa menekan break terdengar bunyi ketukan yang kuat,berhenti ditepi jalan,chek takut rim longgar atau break disc ada problem.semuanya ok ,break pun berfungsi baik.Kalau kes macam ni kemungkinan ada dua sebab break jem atau skru hab longgar.On my way back from Kuala Lipis to Sungai Koyan suddenly while pressing the break i heard very loud knocking sound from the back.I stop the car and check the condition of wheel and disc break,Fear that any problem there.After checking i found everything look fine.If cases like this there maybe two reson,the break jammed or loose screw hub on nucckle.

Trouble shoot
1.Penyelesaian pertama buat bleeding dekat break belakang dulu.Do bleeding on the rear break disc
2.Ketatkan skru hab.Thigten the hub.screw

Tahap diy=sederhana mudah,degrees of difficulty=fairly easy

Peralatan ,jek.jek stand,spana 10 dan 19,surat kabar lama’minyak break dot 3 atau dot 4.
Tools=jack,jack stand,wrench size 10 and 19mm,old newspaper,break oil dot3 or 4.

1.buka rim kereta,dan pastikan kereta anda berada dalam keadaan stabil dan selamat semasa berada di atas jack stand.cari lokasi skru bleeding.
Remove  the wheel and make sure the car is in safe and secure position on the jack stand.Find the bleeding nut.

lokasi skrew bleeding
rim sudah dibuka
2.sebelum memulakan bleeding(pam) keatas break ,pastikan minyak break di resivior break mecukupi.kalau kurang tambah minyak break sehingga tanda tahap maksimum.
Before start this procedure makesure the oil in resivior break fluid is sufficient.if less just add the break fluid until a maximum level.
tambah myk break sampai tanda maksimum
penakung minyak break
3.Untuk kerja bleeding(membuang angin disaluran Break atau kalipper pam) anda perlu melakukan kerja ini bersama seorang pembantu,seorang melakukan bleeding dan seorang lagi menekan atau mengepam break.To do bleeding(remove the air bubble from break hose or caliper pump) you need one assistant to help you.One person do bleeding at the break,another person pressing and pumping at the break pedal.4.dengan menggunakan spana 10,anda haruslah melonggar dan mengetatkan skru bleeding beberapa kali serta dalam masa yang sama anda mengarah kawan anda menekan dan mengepam break dari dalam kereta.Semasa menekan break longgarkan sedikit skru ,minyak break akan terpancut keluar bersama dengan gelembung udara(hati-hati cecair break merbahaya jangan sampai terkena mata) kemudian ketatkan skrew,arah kawan anda mengepam semula beberapa kali  seterusnya arahkan menekan sahaja dan anda pada masa yang sama melonggarkan skrew bleeding dan mengetatkan semula.lakukan proses ini beberapa kali sehingga semua gelembung udara sepenuhnya keluar dari saluran break anda.



Used wrench size 10mm,you should loosing and tighten at the screw bleeding and at the same time lead your friend to press and pump the break pedal from inside the car.While your friend pressing the break,at the same time  you slightly loosen the screw,the break fluid will spurting out with the air bubble,carefull break fluid is dangerous avoid from contact with your eye.Then tighten the screw back and ask and ask  your friend  to pump the break pedal again for a few  time then just press still and  quickly  you loosening and tightening the screw bleeding.Do this process several times until air bubbles are completely out  of the break line.


gunaka spana saiz 10 untuk melonggarkan skrew bleeding Used wrench size 10mm to loosen the screw bleeding



kesan minyak break keluar dari skrew bleeding
5Akhir sekali ketatkan skrew bleeding secukupnya.,check break anda pastikan tiada berlaku kebocoran pada skrew bleeding.




Diypomen facebook

Wednesday, September 15, 2010

Memasang oil catch tank

Oil catch tank fungsinya adalah untuk menakung miyak hitam yg terbakar ,gas petrol yang tidak terbakar akan masuk semula ke dalam intake dan digunakan semula oleh engine untuk pembakaran semula.kebaikanya minyak hitam tidak masuk ke dalam air intake dan mengotorkan ruang intake ,penggunaa petrol lebih efficient dan mengurangkan pencemaran udara.

Selepas menggunakan OCT ni kesan yang saya Nampak adalah minyak hitam tidak keluar dari penutup minyak lagi,kerana sebelum ni saya tidak perasan yang crankcase ventilation valve saya sudah tersumbat dengan minyak hitam dan carbon, jadi tekanan vakum bersama minyak hitam di ruang crankcase mencari jalan keluar melalui penutup minyak engine.sekarang engine saya sudah bersih dari rembasan minyak hitam .

Pengalaman seorang kawan menceritakan kepada saya ,semasa banjir kilat di batu tiga shah alam,engine kereta nya telah dimasuki air tapi dia tak cerita pulak air masuk ikut mana?ekzos atau intake tak sempat nak Tanya.Tapi kereta masih boleh bergerak Cuma semput-semput Selepas beberapa hari dia amat terkejut,dia dapati Oil catch Tanknya penuh dengan air. ini bermakna  OCT juga dapat mengeluarkan air yang masuk kedalam engine.sampai sekarang sehabat saya ni masih mengunakan oil catch tank walaupun dia telah menukar ke kereta yang baru…katanya oil catch tank adalah kemestian untuknya…

Tahap diy =mudah

Peralatan

Gerudi ,skrew driver,pisau

                                                                D1 oil catch tank

1.cari lokasi yang sesuai untuk memasang OCT,seeloknya berhampiran dengan crankcase ventilation valve.Untuk injeksen mudah saja untuk carburetor saya kene modify air intake pipe.saya sambung ram pipe injeksion ke pipe carburetor saya supaya pipe dari OCT boleh disambung ke air intake pipe.
2.Dengan menggunakan gerudi tebuk dua lubang kecil untuk melekatkan oil catch tank breket ke chasis kereta anda.skrewkan breket tadi ke body kereta.
3.Skrewkan OCT ke breketnya,ketatkan skrew secukupnya


4.Buat penyambungan pipe dari crankcase ventilation vale ke OCT,ketatkan pipe dengan menggunakan klip.ketatkan secukupnya.

5Buat penyambungan pipe dariOCT ke air intake pipe vale ketatkan pipe dengan clip secukupnya


…selesai

6.Pastikan anda dari masa ke semasa memeriksa isipadu OCT anda,sekiranya sudah penuh buangkan minyak tersebut Dari OCT anda.
                       *OCT=oil catch tank




Diypomen facebook



performance part catalogue

performance part catalogue
car performance part

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails