Saturday, April 6, 2013

MEMASANG LAMPU WIRA BELAKANG / TAIL LAMP

wira tail lamp
Lampu yg lama dah pudar sangat, jadi teringin juga nak tukar yang baru,tail lamp ni pakai lampu led,smart  juga nampaknye,taiwan made nampak kukuh.buka dan pasang amat mudah kalau buat sambil santai 1 jam boleh siap
haya guna spana saiz 10mm
1-mula-mula cabut wire mentol
wayar tail lamp
2.buka semua skrew yg memegang lampu
buka lampu lama

















buka semua skrew yg kat atas tu


lampu dah buka



3,selepas semua skru dibuka tarik saja lampu keluar,,kalau masih lekat ketuk sedikit kepala skrew dgn tukul getah.

4.pasang lampu baru,ikat semula skrew yang dibuka tadi dan pasang semula wayar mentol   


ok dah selesai bahagian lampu bawah..

5.utk bahagian lampu atas caranye pun sama juga,cabut semua skrew yg memegang lampu tersebut
cabut semua screw yg kat atas ni,,lepas tu tarik keluar lampu lama dan pasang lampu yang baru



ok dah selesai,,test semua lampu.....

Friday, March 8, 2013

memasang air horn

Bulan lepas saya dah buat wiring baru untuk horn tapi horn lama bunyi tak kuat sangat.jadai kali ni saya terus tukan dgn air horn.

1.cari lokasi horn anda,kalau macam wira saya horn dia tersorok,maka terlebih dahulu kena buka la bumper ,kalau jenis horn yg boleh nampak dari luar tu terus buka saja horn tu.

2.buka wayar dulu,dan tandakan wayar negative dan positive,kemudian cabut horn lama

hanya ada satu screw saja


3.pasang horn baru ,pastikan mulut horn menghadap kebawah,tujuanya supaya air tak masuk ke dlam horn.

air horn


4.sambungkan wayar horn ke compressor air hon yg bertanda positive dan negative
pin negative dan pin positive


5.test horn,kalau dah ok,pasang semula bumper kereta anda,,,selesai


looking for car performance part please click >>>>> diypomen motorsport


Tuesday, February 19, 2013

Wiring horn kereta


Ada  banyak cara untuk buat wiring horn ni,yang mudah dan senang  faham  macam contoh diagram kat bawah ni.
Yang senang dan selamat saya ikut diagram yang horn button  sambung dengan wayar ground(Negative),kalau guna punca positive takut kena body je kalau wayar tu tercabut.

horn wiring 
horn wiring


1.di horn sambung satu wayar ke body kereta,dan satu wayar lagi sambung ke relay bernombor  87..tebal wayar  14-gauge primary wire atau  1.63mm.

twin  air horn
2.Relay saya tempatkan di bawah dashboard,guna  Horn realy 30-40 ampare,


realy
3.kaki relay yang bernombor 30 sambung ke bateri dan pasang satu fius 20 ampare  berdekatan bateri.
4.kaki relay bernombor  86 terus sambung di wayar bateri tadi (tengok diagram diatas)

5.kaki relay bernombor 85 sambung ke pin horn buton di stearing kereta dan satu pin lagi terus sambung ke body kereta.

horn button wiring
tapekan  semua  sambungan wiring tadi dgn kemas.,,test horn..selesai..pon pon..





Sunday, February 10, 2013

MEMBUKA DAN MEMASANG OIL SUM


Engine ni dah banyak bahagian yang keluar  minyak,head gasket,oil sum,crankcase dan sebagainye hu huh dah rupa orang minyak la pulak engine ni.tak pe saya buat sikit sikit dulu.Kali ni saya nak tukar gasket baru oil sum.kerja diy ni kalau buat seorang memang sukar.ok kita mula sekarang…

1.buka extractor dulu.hanya buka 6 skrew di extractor dan 2 screw kat penyambung pipe bawah.skrew ni sangat ketat.
buka skrew extrector



buka dua skrew bawah yg menyambung  ke pipe lurus


2.buka semua skrew oil sum,tarik keluar oil sum,kalau tak terbuka cungkil sikit dengan skrew driver atau ketuk oil sum dengan tukul getah.
buka semua skrew  oi sum

oil sum dah dibuka,selepas  10 tahun inilah rupanye


3.gunakan scraper buang dan bersihkan gasket lama,kemudian cuci oil sum sehingga bersih,keringkan oil sum.
oil sum dah dibersihkan


4.bersihkan juga tapak oil sum dekat bawah engine.

bersihkan juga tapak oil sum diengine

5.sapukan satu lapisan nipas gasket silen  di tapak oil sum,kemudian letakkan gasket baru.
gasket oil sum
sapukan gasket sealan
lekapkan gasket


6.sapukan satu lapisan nipis gasket sealen di permukaa tapak oil sum di bwah engine
sapukan gasket sealan diengine

7.pasang oil sum ke engine,ketatkan skrew secukupnya.

pasangkan semula oil sum ke engine

8.isikan minyak engine yg baru.dan chek tida sebarang kebocoran disekeliling skrew atau bahagian gasket.

10.pasang semula  exterector exzos
10sapukan exzos sealan ke mulut extractor
exzos cement

sapukan exzos semin ke permukaan sambungan exzos

12.ketatkan semua skrew di penyambungan exzos secukupnya…check di kawasan penyambungan oil sum,pastikan tiada kebocoran minyak disitu….SELESAI



Thursday, January 24, 2013

Spesifikasi minyak engine


Spesifikasi minyak engine
1.minyak engine haruslah mengikut kepekatan yan sesuai dengan suhu iklim dan jenis engine kenderaan.Minyak engine yan terlalu cair tidak melekat dipermukaan engine dengan sempurna menyebabkan   engine cepat rosak begitu juga sebaliknya minyak yang terlalu pekat akan lambat sampai ke permukaan engine.
JENIS MINYAK ENGINE
A)Minyak engine satu kepekatan,diketogerikan kepada dua
1,jenis musim sejuk,contoh grade musim sejuk  SAE 10W,SAE 15W,SAE20W dan SAE25W
2.Selain musim sejuk,contoh SAE 20,SAE 30,SAE40 DAN SAE50 (Semakin besar nombor semakin pekat minyak tersebut)
***SAE=(society of automotive engineer),pertubuhan yang mengredkan minyak engine
***w =winter

B)Minyak pelbagai kelikatan(multigrade)
Kebayakan minyak engine sekarang adalah jenis multigrade,yang membolehkan kepakatan tidak berubah bila suhu dalam keadaan sejuk atau panas.Contoh minyak grade  SAE5w-30 mempunyai kepekatan SAE 5W bila suhu sejuk dan berkepekatanSAE 30 bila suhu panas.Kebayakan pengilang kereta sekarang mencadangkan penggunaan minyak jenis multigrade.

MINYAK ENGINE SYNTHETIC
Dibuat dari bahan kimia yang diproses dan tidak semestinya dari bahan petroleum.Biasanya dibuat dari bahan campuran alcohol,carbon compound,arang,minyak mentah.minyak engine jenis synthetic lebih tahan pada kepanasan berbanding dari minyak biasa.penggunaan minyak ini juga dapat mengurakan mendakan carbon dan kotoran dalam engine,minyak ini juga lebih tahan lama dari minyak jenis mineral.

SERVICE RATING
Pada tahun 1989 (API)American petroleum institute telah memperkenalkan SG rating untuk minyak engine,minyak engine yang mencapi tahap ini adalah minyak yang  berkualiti.Rating akan berubah setiap masa sekiranya ada bahan atau formula baru dicipta atau ditambah dalam minyak engine.Rating yang terbaru sekarang ini adalah SL,SM,SN dan sebagainye.Minyak yang dicadangkan adalah combine rating,misalnye SG/CE  ,SG/CF dan sebagainya.minyak  engine yang tiada label combine grade boleh merosakan engine.

CONTOH KETERANGAN MENGENAI MINYAK ENGINE DIBAWAH=

MINYAK ENGINE SAE 1OW-30
 ,klik pada gambar  untuk membesarkan sizenya.



SAE 10W-30
Bermakna mempunyai kepekatan sae 10w bila engine sedang sejuk(waktu pagi atau engine baru hendak dihidupkan ) dan berkepekatan sae 30 bila engine panas(engine sedang beroperasi).

API : SL/CF
Service rating minyak
API= AMERICAN PETROLEUM INSTITUTE
SL=ketegori untuk engine petrol,diperkenalkan pada tahun 2001,sesuai untuk kereta,van,truck,sport car,telah diluluskan dan diuji oleh (ACC)American chemistry council.
CF= untuk high speed,disel dan 4 stroke engine.

ACEA-A3/B3-98
ACEA=European automobile manufactures association
A3/B3= kekal pada grade,sesuai untuk engine petrol dan disel juga untuk high performance engine.

ILSAC GF3
ILSAC International lubricant standardization and approvel committee.
GF3=mesti mencapai grade API SL dan EC-II ,menjimatkan penggunaan petrol,mengawal kotoran dan mendapan carbon dan kekal  dalam kepekatan.
EC=grade penjimat minyak (economic consumption)





Tuesday, December 25, 2012

menukar coolent spare tank

Penutup coolent spare tank saya dah loose,tak boleh nak tutup sepenuhnye.walaupon bende ni simple,hanya tangki plastic tapi kalau dah bocor engine boleh overheating.seperti biasa soping kat kedai sparepart,nak cari penutup sahaja malangnya tak de jual,terpaksalah beli dgn tangki sekali,harganye rm23..
1.buku tutup tangki ,lakukan kerja ni semasa engine dlm keadaan sejuk.buka dua skrew yg memegang tangki coolent,lihat gambarajah dibawah
coolent spare tank baru
                                          buka dua skrew ,lepas tu tarik saja tank keluar

2.pasang tank baru,dan sambung return hose ke tudung yg baru.
                                                               tank baru dah pasang

                                     pasang hose return hose ke tudung tangki semula

3.Isikan air sampai tanda full di tangki dan tutup tudung semula...selesai

looking for car performance part please click >>>> diypomen motorsport

Sunday, December 16, 2012

MASTER PAM BREAK ROSAK

TENGAH syok memandu sambil layan lagu di sinar fm,tiba -tiba kereta depan menekan break,aku pon secara normal tekan break jugak lah..,ehh kete tak nak berhenti,, berdegup jantung ni,,aku pun terus pam pedal,,hu hu nasib baik tak sondol kereta depan...syukur tak merempit,kalau tidak accident tadi..kena pam dua tiga kali dulu baru break nak makan..tak boleh jadi ni bahaya ,kena balik rumah terus..

1.Kalau kes macam ni biasanya ada kebocoran berlaku di pam break atau di master pam cylinder break.

cek keempat-empat break adakah ada sebarang kebocoran disitu,kemudia cek juga di master pam cylider





chek dikawasan sambungan sekiranya ada berlaku kebocoran minyak disitu


2.saya dah chek keempat break,semuanya ok hose line pon tak bocor,jadi masalah nya adalah berpunca dari master break pam ,master break pam duduk dalam kawasan engine.memang pasti benda ni dah rosak sebab ada nampak kesan minyak kat kawasamn body master pam.

master pam break






3.pegi kedai sparepart cari barang,yg baru original harganya rm100,yg local rm60 ,aku pon suruh dia keluarkan dua barang tu utk compare,ternyata ori memang cantik ,memandangkan bajet tak cukup saya ambil yg local (tapi high grade,saya check material dia dulu takut ada sebarang kekurangan,nampaknya ok).lepas tu tambah dengan sebotol minyak break dot 3 rm10..jadi total semuanya rm70..sebelum bayar saja nak kacau apek tu,,apek tahan ke ini barang,,lu mau tahan lama angkat la ori punye,,ini pon ok juga,itu negeri yg buat ini barang sudah lancar roket tiga kali ma..u mau murah lagi pon ada tapi tak tahan lama loo..aku pon jawap ok ,ok tauke  tak pe nak yg ni je...kalau layan apek ni memang tak selesai kerja saya...

4.gunakan picagari untuk mengeluarkan minyak break  di dalam takungan minyak

4.buka dua hose besi yg melekat di master pam



guna spana size 10,hati2 ,pakai cermin pelindung mata,kadang minaak boleh terpancut kelur,,minyak break boleh melunturkan cat kereta,so lapik  kain disekitar tempat berkerja,bila selesai basuh dengah air ditempat yg terkena minyak break.


5.buka dua skrew yg mengikat master pam ke break servo.kalau susah nak keluar cungkil dengan screw driver besar.
                                                                    buka screw ,tgk anak panah



                                                                                            master pam dah dibuka
pasang master pam baru,ikat dua skrew di serbo dulu,tapi jangan ketatkan dulu,pasang dua hose besi ke master pam,ketatkan semua screw.isi minyak break sampai penuh,dan buat bleeding di master pam dan di keemapat break..test sistem break anda,pastikan semua beroperasi dengan sempurna.*cara bleeding break ada di post yg terdahulu..cuba search di kotak search.
pam break baru dan dot3 minyak break



            
                                                            pam baru sedang di pasang

ok dah siap,,kalau break kurang pressure buat bleeding di sini juga,,tgk anak panah.


Perhatian..kerja diy ni tak sesuai untuk  yg baru,kalau nak buat juga mestilah dibantu oleh org yg dah mahir dan berpengalaman ,hanya untuk rujukan pembaca saja,sekiranya mengalami keroskan break anda tahu masalahnya dimana,,kegagalan atau kesilapan dlm kerja baik pulih ni amat merbahaya kerana boleh menyebabkan kemalangan,,,saya tidak bertanggung jawap atas kecuain dan kesilapan anda.


looking for car performance part please click here    tq    >>>>>. diypomen motorsport

performance part catalogue

performance part catalogue
car performance part

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails