Friday, April 26, 2013

MENGESAN KEBOCORAN ARUS WIRING KERETA

Arus electric sangat penting untuk menghidupkan engine dan menjalankan komponen komponen lain dalam   kereta anda,tak ada arus tak bermaknalah  kereta anda.post kali ni saya nak kongsi cara mengesan kebocoran arus dilitar kereta anda,kenderaan yang megalami masalah ni biasanye akan mengalami kehilangan cas bateri sekiranye kereta parking terlalu lama,misalnya kereta tak dipandu selama dua hari cas bateri dah habis.padahal bateri  ok dan alternator masih boleh mengecas  dengan baik.


1,peralatan yang diperlukan adalah test lamp,alat ni saya buat sendiri,dah cari merata tempat tak de kedai yang jual.saya beli mentol 12volt,tapak mentol,wayar dan aligator clip,buat litar lampu ,jadilah satu test lamp.

test lamp
2,mula-mula buka semua wayar di kepala bateri dari punca negative,


buka semua wayar dari punca negative



3.sambungkan test lamp ke wayar negative yang dicabut tadi dan satu clip lagi ke kepala bateri negative,sekiranya mentol test lamp menyala bermakna litar pintas berlaku disalah satu wiring kereta anda .








sambugkan satu clip dari test lamp ke wayar negative dan satu clip lagi ke punca negative bateri,,"'



kotak fius


 

mentol test lamp menyala,ada masalah dengan litar

4.untuk mencari litar mana yang bermasalah anda kena pergi  ke kotak fius dan cabut fius yang anda rasa ada masalah.bila anda cabut satu fius ,contoh  litar radiator fan,lampu test lamp masih menyala=bermakna litar kipas radiator tiada masalah,pasang semula fius tadi,kemudian anda buka pula fius litar lampu,tiba tiba  mentol test lamp padam=ini bermakna litar lampu ada masalah,dan begitulah seterusnya check setiap fius dan relay.
cabut fius























mentol padam bila fius dicabut,bermakna litar tersebut ada masalah
5.ok dah jumpa litar yang bermasalah,segeralah baiki atau tukar dgn wiring baru..



looking for car performance part click >>> http://performenzone.blogspot.my/




Saturday, April 6, 2013

MEMASANG LAMPU WIRA BELAKANG / TAIL LAMP

wira tail lamp
Lampu yg lama dah pudar sangat, jadi teringin juga nak tukar yang baru,tail lamp ni pakai lampu led,smart  juga nampaknye,taiwan made nampak kukuh.buka dan pasang amat mudah kalau buat sambil santai 1 jam boleh siap
haya guna spana saiz 10mm
1-mula-mula cabut wire mentol
wayar tail lamp
2.buka semua skrew yg memegang lampu
buka lampu lama

















buka semua skrew yg kat atas tu


lampu dah buka



3,selepas semua skru dibuka tarik saja lampu keluar,,kalau masih lekat ketuk sedikit kepala skrew dgn tukul getah.

4.pasang lampu baru,ikat semula skrew yang dibuka tadi dan pasang semula wayar mentol   


ok dah selesai bahagian lampu bawah..

5.utk bahagian lampu atas caranye pun sama juga,cabut semua skrew yg memegang lampu tersebut
cabut semua screw yg kat atas ni,,lepas tu tarik keluar lampu lama dan pasang lampu yang baru



ok dah selesai,,test semua lampu.....

Friday, March 8, 2013

memasang air horn

Bulan lepas saya dah buat wiring baru untuk horn tapi horn lama bunyi tak kuat sangat.jadai kali ni saya terus tukan dgn air horn.

1.cari lokasi horn anda,kalau macam wira saya horn dia tersorok,maka terlebih dahulu kena buka la bumper ,kalau jenis horn yg boleh nampak dari luar tu terus buka saja horn tu.

2.buka wayar dulu,dan tandakan wayar negative dan positive,kemudian cabut horn lama

hanya ada satu screw saja


3.pasang horn baru ,pastikan mulut horn menghadap kebawah,tujuanya supaya air tak masuk ke dlam horn.

air horn


4.sambungkan wayar horn ke compressor air hon yg bertanda positive dan negative
pin negative dan pin positive


5.test horn,kalau dah ok,pasang semula bumper kereta anda,,,selesai


looking for car performance part please click >>>>> diypomen motorsport


Tuesday, February 19, 2013

Wiring horn kereta


Ada  banyak cara untuk buat wiring horn ni,yang mudah dan senang  faham  macam contoh diagram kat bawah ni.
Yang senang dan selamat saya ikut diagram yang horn button  sambung dengan wayar ground(Negative),kalau guna punca positive takut kena body je kalau wayar tu tercabut.

horn wiring 
horn wiring


1.di horn sambung satu wayar ke body kereta,dan satu wayar lagi sambung ke relay bernombor  87..tebal wayar  14-gauge primary wire atau  1.63mm.

twin  air horn
2.Relay saya tempatkan di bawah dashboard,guna  Horn realy 30-40 ampare,


realy
3.kaki relay yang bernombor 30 sambung ke bateri dan pasang satu fius 20 ampare  berdekatan bateri.
4.kaki relay bernombor  86 terus sambung di wayar bateri tadi (tengok diagram diatas)

5.kaki relay bernombor 85 sambung ke pin horn buton di stearing kereta dan satu pin lagi terus sambung ke body kereta.

horn button wiring
tapekan  semua  sambungan wiring tadi dgn kemas.,,test horn..selesai..pon pon..





Sunday, February 10, 2013

MEMBUKA DAN MEMASANG OIL SUM


Engine ni dah banyak bahagian yang keluar  minyak,head gasket,oil sum,crankcase dan sebagainye hu huh dah rupa orang minyak la pulak engine ni.tak pe saya buat sikit sikit dulu.Kali ni saya nak tukar gasket baru oil sum.kerja diy ni kalau buat seorang memang sukar.ok kita mula sekarang…

1.buka extractor dulu.hanya buka 6 skrew di extractor dan 2 screw kat penyambung pipe bawah.skrew ni sangat ketat.
buka skrew extrector



buka dua skrew bawah yg menyambung  ke pipe lurus


2.buka semua skrew oil sum,tarik keluar oil sum,kalau tak terbuka cungkil sikit dengan skrew driver atau ketuk oil sum dengan tukul getah.
buka semua skrew  oi sum

oil sum dah dibuka,selepas  10 tahun inilah rupanye


3.gunakan scraper buang dan bersihkan gasket lama,kemudian cuci oil sum sehingga bersih,keringkan oil sum.
oil sum dah dibersihkan


4.bersihkan juga tapak oil sum dekat bawah engine.

bersihkan juga tapak oil sum diengine

5.sapukan satu lapisan nipas gasket silen  di tapak oil sum,kemudian letakkan gasket baru.
gasket oil sum
sapukan gasket sealan
lekapkan gasket


6.sapukan satu lapisan nipis gasket sealen di permukaa tapak oil sum di bwah engine
sapukan gasket sealan diengine

7.pasang oil sum ke engine,ketatkan skrew secukupnya.

pasangkan semula oil sum ke engine

8.isikan minyak engine yg baru.dan chek tida sebarang kebocoran disekeliling skrew atau bahagian gasket.

10.pasang semula  exterector exzos
10sapukan exzos sealan ke mulut extractor
exzos cement

sapukan exzos semin ke permukaan sambungan exzos

12.ketatkan semua skrew di penyambungan exzos secukupnya…check di kawasan penyambungan oil sum,pastikan tiada kebocoran minyak disitu….SELESAI



Thursday, January 24, 2013

Spesifikasi minyak engine


Spesifikasi minyak engine
1.minyak engine haruslah mengikut kepekatan yan sesuai dengan suhu iklim dan jenis engine kenderaan.Minyak engine yan terlalu cair tidak melekat dipermukaan engine dengan sempurna menyebabkan   engine cepat rosak begitu juga sebaliknya minyak yang terlalu pekat akan lambat sampai ke permukaan engine.
JENIS MINYAK ENGINE
A)Minyak engine satu kepekatan,diketogerikan kepada dua
1,jenis musim sejuk,contoh grade musim sejuk  SAE 10W,SAE 15W,SAE20W dan SAE25W
2.Selain musim sejuk,contoh SAE 20,SAE 30,SAE40 DAN SAE50 (Semakin besar nombor semakin pekat minyak tersebut)
***SAE=(society of automotive engineer),pertubuhan yang mengredkan minyak engine
***w =winter

B)Minyak pelbagai kelikatan(multigrade)
Kebayakan minyak engine sekarang adalah jenis multigrade,yang membolehkan kepakatan tidak berubah bila suhu dalam keadaan sejuk atau panas.Contoh minyak grade  SAE5w-30 mempunyai kepekatan SAE 5W bila suhu sejuk dan berkepekatanSAE 30 bila suhu panas.Kebayakan pengilang kereta sekarang mencadangkan penggunaan minyak jenis multigrade.

MINYAK ENGINE SYNTHETIC
Dibuat dari bahan kimia yang diproses dan tidak semestinya dari bahan petroleum.Biasanya dibuat dari bahan campuran alcohol,carbon compound,arang,minyak mentah.minyak engine jenis synthetic lebih tahan pada kepanasan berbanding dari minyak biasa.penggunaan minyak ini juga dapat mengurakan mendakan carbon dan kotoran dalam engine,minyak ini juga lebih tahan lama dari minyak jenis mineral.

SERVICE RATING
Pada tahun 1989 (API)American petroleum institute telah memperkenalkan SG rating untuk minyak engine,minyak engine yang mencapi tahap ini adalah minyak yang  berkualiti.Rating akan berubah setiap masa sekiranya ada bahan atau formula baru dicipta atau ditambah dalam minyak engine.Rating yang terbaru sekarang ini adalah SL,SM,SN dan sebagainye.Minyak yang dicadangkan adalah combine rating,misalnye SG/CE  ,SG/CF dan sebagainya.minyak  engine yang tiada label combine grade boleh merosakan engine.

CONTOH KETERANGAN MENGENAI MINYAK ENGINE DIBAWAH=

MINYAK ENGINE SAE 1OW-30
 ,klik pada gambar  untuk membesarkan sizenya.



SAE 10W-30
Bermakna mempunyai kepekatan sae 10w bila engine sedang sejuk(waktu pagi atau engine baru hendak dihidupkan ) dan berkepekatan sae 30 bila engine panas(engine sedang beroperasi).

API : SL/CF
Service rating minyak
API= AMERICAN PETROLEUM INSTITUTE
SL=ketegori untuk engine petrol,diperkenalkan pada tahun 2001,sesuai untuk kereta,van,truck,sport car,telah diluluskan dan diuji oleh (ACC)American chemistry council.
CF= untuk high speed,disel dan 4 stroke engine.

ACEA-A3/B3-98
ACEA=European automobile manufactures association
A3/B3= kekal pada grade,sesuai untuk engine petrol dan disel juga untuk high performance engine.

ILSAC GF3
ILSAC International lubricant standardization and approvel committee.
GF3=mesti mencapai grade API SL dan EC-II ,menjimatkan penggunaan petrol,mengawal kotoran dan mendapan carbon dan kekal  dalam kepekatan.
EC=grade penjimat minyak (economic consumption)





Tuesday, December 25, 2012

menukar coolent spare tank

Penutup coolent spare tank saya dah loose,tak boleh nak tutup sepenuhnye.walaupon bende ni simple,hanya tangki plastic tapi kalau dah bocor engine boleh overheating.seperti biasa soping kat kedai sparepart,nak cari penutup sahaja malangnya tak de jual,terpaksalah beli dgn tangki sekali,harganye rm23..
1.buku tutup tangki ,lakukan kerja ni semasa engine dlm keadaan sejuk.buka dua skrew yg memegang tangki coolent,lihat gambarajah dibawah
coolent spare tank baru
                                          buka dua skrew ,lepas tu tarik saja tank keluar

2.pasang tank baru,dan sambung return hose ke tudung yg baru.
                                                               tank baru dah pasang

                                     pasang hose return hose ke tudung tangki semula

3.Isikan air sampai tanda full di tangki dan tutup tudung semula...selesai

looking for car performance part please click >>>> diypomen motorsport

performance part catalogue

performance part catalogue
car performance part

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails