Friday, January 31, 2014

memasang spring buffer wira bahagian depan

memasang spring buffer wira bahagian depan

Gong Xi Fa Cai! dan selamat bercuti
Kali ni nak kongsi cara pasang buffer spring wira bahagian depan,saya upload video sekali,haraf maaf kalau tak berapa clear sebab pakai phone saja.tunjuan saya pasang buffer ni sebab tayar depan dah sagat fender bila kereta berhayun atau lepas melalui bonggol,selepas pasang benda ni Alhamdulilah dah tak gesel lagi fender dengan tayar.

Antara manaffat pakai buffer ni=
1.rasa selesa masa mengambil selekoh,melalui bonggol atau jalan yang tidak rata.
2.menjaga jangka hayat absorber lebih tahan lama.
3.absorber rasa lebih mantap,spring rasa keras sikit
4.kereta akan naik sikit 3-5cm

Ok,,cara-cara pasang
memasang spring buffer wira bahagian belakang
1.pilih size yg sesuai untuk size hadapan


2.jack kereta dgn selamat
3.buka roda
4.spray alur getah amf atau coil spring dgn window cleaner atau air sabun.


5.masukkan spring buffer ke celah-celah spring..saya punya spring sport ,jarak spring rapat sangat,jadi susah sikit nak masuk ,kalau spring standard mudah sikit.


6.check semula dan pastikan alur getah masuk semua ke dalam spring coil
7.Pasang roda,dan turunkan jeck,..selesai



video


Untuk bahagian belakang boleh check sini…
http://diypomen.blogspot.com/2012/04/memasang-spring-buffer-wira-bahagian.html


Sunday, December 1, 2013

memasang engine demper proton wira 1.5

untuk proton 4g15 ni saya gunakan engine demper 4g93,kena modified sedikit di mounting brecketnya.

saya gunakan model  4g93 untuk disesuaikan ke engine 4g15 kerana mountingya hampir sama.

1.buka dua skrew mounting sebelah timing bell
                                                    mounting timing bell

                                           dua skrew mounting dah di buka
2.pasang bracket  mounting engine demper di bahagian  mounting timing bell,ni modified pon boleh nak pasang terus pon boleh ikut selera anda.

                                                 bracket demper dah dipasang

3.modified bracket yang hendak dipasang ke body kereta,setelah mengukur dan mencari tempat yg sesuai inilah hasilnya,,upah kerat dan welding hanya rm5

                         ok dah siap welding ,dan kerat mana yg sangkut
4.pasang bteket ke body kereta,saya ikat di skrew mounting body,pasang demper dah pastikan tiada bahagian demper ni sangkut ke mana-mana bahagian engine kereta

engine demper 4g15

                                        ok dah siap,kena sabar sikit barulah ada hasilnya

Saturday, November 2, 2013

jump start bateri kereta

Jump start
kereta tak boleh start,starter langsung tAk berbunyi bila suis diputar.radio,lAmpu semua tak berfungsi..confirm bateri dah kong(tiada cas)..kereta auto pulak .kena jump start la..
cara jump start kereta auto
sebelum buat jump start ..tutup suis utama dan semua peralatan lain spt radio,lampu..etc,kereta juga tidak boleh bersentuhan.
1.gear mesti di kedudukan p atau n
2.sambung hujung positive wayar jumper ke punca positive terminal
bateri mati ..bertanda(+)
3.sambung satu hujung cable jumper positive ke terminal positive bateri yg bercas..hati-hati jgn terkena body kereta
4.sambung negative wayar cable jumper ke punca negative bateri yg bercas,cek marking (-)
5.sambung wayar jumper negative ke engine block kereta yg baterinya mati..jgn sambung ke terminal negative bateri.carburetor..line petrol atau componen yg bergerak
6.start kerata yg hendak mengecas..biarkan engine hidup selama 5 minit..lepas tu off engine sebelum meneruskan langkah yg seterusnya
7.start kereta yg beteri kong(tiada cas)..kalau hidup terus buka jumper cable di kedua2 kereta..terus bawa kereta ke bengkel utk menukar bateri.jgn off engine sehingga sampai ke bengkel.



Tuesday, September 24, 2013

VIDEO MEMASANG DAN MEMBUKA MENTOL HEAD LAMP WIRA



1.TARIK PENUTUP GETAH
2.LONGGARKAN CLIP YG MENAHAN MENTOL
3.CABUT SOKET DARI MENTOL
4.PASANG MENTOL BARU,DAN PASANG CLIP SEMULA
5.PASANG GETAH COVER
7.PASANG SOKET WAYAR KE MENTOL
8,TEST LAMU....SELESAI

Sunday, September 8, 2013

takata seat belt 4 points


pasang belt ni utk proton  wira mudah je ,90% plug n play  kat skrew belt lama,,cuma kena mod sikit kat belt belah kiri utk sambung hook belakang,,30minit boleh siap..



pandangan depan




                                                              pandangan belakang


                                                        hook kat skrew belt belakang ,,tepi pintu

sebelah seat kiri,,sebelah hand break

Tuesday, August 20, 2013

jasma 12inci high speed radiator fan

minggu lepas balik kampung mertua di raub pahang,felda sg koyan,sempat pasang kipas tambahan ni,,tujuannya utk standbay kalau kipas radiator rosak,saya letak di depan condensor aircod,sebab belah kiri dah ada atf oil cooler,,wiring hanya sambung ke body dan wire accesory dan buat satu suis..tanpa tambah relay nampak ok je kipas tu pusing..ikat kipas dgn cable tie saja..


jasma 12 inch high speed radiator fan
bumper kena buka dululah,,baru senang nak pasang,,cun cun masuk utk wira




ok..dah siap pasang..




test power ,,kat kebun,,menghirup udara nyaman kat kampung,,,wah sejuk la pulak suhu radiator ni 70celcius je,,menggigil bila pasang aircond,,sejuk sangat..so tutup je suis kipas tu,,jimat karen




jem kat lurah bilut sampai gombak,,,senyum je..suhu hanya berligar sekitar 75 ke 80 degree saja....naik sikit masa panjat genting sepah karak highway 82 degree...


Tuesday, July 2, 2013

Membaiki lampu signal belakang


Membaiki  lampu signal belakang

1.signal belakang dah tak berkelip,patulah bila nak memotong asyik kena hon je,,sori bos tak perasan signal rosak.Kerosakan adalah disebabkan oleh breket yang memegang mentol signal dah pecah dan nampak kesan terbakar kat situ.

2.huh lega rasanye dah tahu punca kerosakan,asalkan jangan wiring sudahlah,saya pon potong wayar signel dan bawa terus ke kedai sparepart malangnye dia tak jual utk signel sebab wayar tu datang sekali dengan lampu utama,harganya rm80.mahal betul wayar dan breket  saja,tak nak beli lah,saya fakir lebih baik cari satu breket yg hampir serupa ,puas mencari akhirnya dapat satu, harganya rm3 saja.,trim sikit dgn gergaji  sampai menyerupai breket asal.


tapak positive dah pecah



breket mentol signal baru



3.kerat wayar signel yg bersambung dengan mentol utama
4.buka mentol dari lampu utama supaya anda boleh buat penyambungan wayar diluar dengan selesa


5.sambungkan wayar  negative ke negative,,dan positive ke positive,tapekan wayar tadi dengAN SELAMAT.


sambung wiring lampu dan signal

6.Pasang kembali wayar dan breket ke tempat asalnya semula…test lampu utama dan signal beroperasi seperti biasa…selesai

Friday, June 14, 2013

memasang radiator fan switch proton wira

video
selepas fan switch baru ni dipasang ,kipas radiator akan berpusing pada suhu 80degree celcius,kalau sensor original kilang kipas hanya akan start berpusing pada suhu 93 degree celcius,engin kereta dah tak berapa elok,sebab head gasket dah bocor,piston ring pon dah berbunyi,suhu kereta akan cepat naik kalau kereta sangkut kat jem bejam-jam, 


1.lokasi switch ni ada dibawah radiator.




2.sebelum membuka switch ni,pastikan radiator tidak panas,jeck kereta dan sediakan mangkuk untuk menadah air yang akan terpancut dari radiator.

3.tarik saja soket yg bersambung dengan sensor,guna spana dan buka sensor tersebut,semasa membuka hati hati dengan mata ada kerana air tu boleh terkena mata anda.

tarik wayar soket dan buka sensor
4.pasang sensor baru,ketatkan secukupnya,dan sambung semula soket,start engine dan check jika ada berlaku kebocoran di sekeliling sensor tadi..
pasang sensor baru
sambung soket semula





Wednesday, June 5, 2013

memasang bateri kereta

Cara cara menukar bateri kereta
Biasanye jangka hayat bateri adalah dua hingga ke tiga tahun.kalau dah lebih 2 tahun  tu bersiap sedialah bila-bila masa  saja bateri boleh kong,salah satu tanda apabila hendak menghidupkan engine kita akan perasan starter macam tiada tenaga untuk menghidupkan engine.Periksa air bateri dahulu,kalau kurang tambahkan air bateri secukupnye.tapi kalau bateri kering(free maintance ) ada penunjuk di atas bateri.,jadi kalau  dah confirm bateri dah rosak tukarlah dengan yang baru,bateri lama boleh tukar dgn bateri baru,biasanye kedai ambil rm10,,harga bateri size n40 rm120 dan jaminan setahun.
bateri baru

Menukar bateri kereta memanglah mudah,tapi kalau tersilap cara akan mengakibatkan litar atau ecm/ecu kereta rosak dan terbakar.
1.Mula-mula buka cable clamp di punca negative bateri dahulu.

buka terminal negative dahulu,tgk anak panah

2.kemudian buka cable clamp di punca positive bateri.


3.bersihkan cable clamp dari semua kotoran,karat atau serbuk putih yang melekat,gunakan berus dawai untuk kerja pembersihan.

4.buka bateri holder.

5.keluarkan bateri dan masukkan bateri baru



6.untuk pemasangan,pasang cable bateri ke terminal positive dahulu,kemudian akhir sekali pasang cable ke terminal negative,semasa cable negative bersentuh dengan terminal bateri negative akan ada percikan kecil api,,itu adalah normal,ketatkan wayar clamp kemas-kemas.pasang semula bateri holder,,ok siap..

Thursday, May 23, 2013

menukar produa viva belt

bunyi bising bedecit-decit yang nyaring keluar dari engine biasanye datang dari bunyi belt engine.masalah macam ni biasanya boleh diatasi dengan mengetatkan belt semula atau menukar terus belt yang sudah rosak.belt yang saya nak tukar kali ni adalah untuk engine viva ,belt yang terlibat adalah belt econ,power stering dan alternator.

1.oleh kerana ruang yang sempit bumper depan saya buka terlebih dahulu



2.buka belt power stering dahulu,buka satu skrew di tensioner dia,tarik power stering pump kearah anda untuk memudahkan menarik keluar belt tersebut'
skrew tensionar dah buka

belt dah buka
3,buka belt aircond,


longgarkan skrew  tensionar aircond


longgarkan dua skrew diatas



,belt aircond dah buka



4.akhir sekali buka belt alternator,ada dua skrew alternator utk dibuka,maaf gambar  tak dapat  nak ambil sebab  terlalu sempit.

5.untuk memasang ,pasang bell yang bahagian dalam dahulu,pasang alternator belt,aircond dan akhir sekali power stearing.untuk menegangkan belt gunakan satu batang besi tolak pam sampai belt tegang dan ketatkan skrew tensionar.





gunakan batang besi ,tuil kat compressor /pump sampai belt tegang barulah ikat skrew tensionar..


ok dah seleasi ,,,barulah best senyap dah bunyi tikus berdecit-decit
video








Saturday, May 11, 2013

Memasang sport light kereta


Memasang sport light kereta
Assalamualaikum  dan selamat sejahtera pada kawan-kawan semua,kali ni  diy saya nak kongsi cara pasang sportlight,agak mudah juga nak pasang sport light kereta ni,Cuma kena sabar sikit sebab kena bayak menyambung dan selit menyelit wayar.sebelum memulakan kerja pemasangan  fahami  terlebih dulu gambarajah litar sport light.sebagai contoh lihat gambarajah litar di bawah..

Bahan-bahan yang diperlukan wayar,tape,fius 20amp,realy 30amp,sport light ,cable tie.dll.
Ok sebelum mula kalau tak yakin boleh la anda buat litar kat luar dahulu
Realy 30ampre brand bosch rm10


Litar percubaan

Sport light



Kalau dah yakin barulah rancang wiring sebenar kat kereta anda

1.buka bumper
2.pasang sport light kebumper,biasanya sport light ada kaki,saya punya tak ada,so kena buat sendirilak mounting dia.
modified tapak sport light



3,mula mula buat wiring suis=dari kaki relay nombor 85 sambung wayar ke ignition/accessory/bateri (ikutah mana yg sesuai utk kereta anda dan kesukaan anda)saya sambung ke bateri sebab wiring kat bawah dashboard dah berselirat),tebal wayar 1mm,di tengah tengah wayar pasang satu suis on/off untuk control sport light.suis kena tempatkan di dashboard.

suis 
relay

wayar suis masuk bawah dashbod

4,sambungan wayar sport light= dari kaki relay bernombor 87 sambungkan wayar bersaiz 5mm ke kiri dan kanan sport light.di setiap sport light mesti buat sambungan ke wayar graound juga.
wayar sport light tarik  ke belakang bumper
sambungkan wayar positive  kiri dan kanan sport light

5.buat sambungan grounding di relay bernombor 86
6.akhir sekali sambung relay 30 ke punca positive bateri ,diwayar tersebut pasang satu fius 20ampere.,tebal wayar 5mm..kalau nak cantik ,selamat  dan tahan lama ,wayar –wayar tadi kena masuk dlm wayar casing.
7,test lampu dulu kalau menyala baru pasang bamper semula...selesai

test sport light terlebih dahulu

ok siap,,,



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails