Monday, August 23, 2010

MEMBUKA DAN MEMASANG SPEAKER BELAKANG KERETA

Semasa membeli speaker pastikan ianya bersesuaian dengan kereta anda, seperti saiz lubang mounting speaker,dan kuasa kendalian(normal atau high power head units)


Pilihan saya SPEAKER MODEL PIOONER 3 WAYs 400W
PERALATAN=

SKREW DRIVER

TAHAP pekerjaan DIY=MUDAH
1.Buka bonet belakang kereta dan cari lokasi speaker

lokasi speaker
2.Cabut wayar speaker
cabut wayar speaker
3.Buka skrew yang memegang speaker sehingga ia tanggal dari framenya

buka semua skrew
4.Buka semua skrew di speaker cover



5.pasang speaker yang baru,masukkan speaker melalui atas frame.

6.Skrew kan speaker ke frame ,skrewkan dari bawah atau atas frame mengikut kesesuaian mounting speaker anda.
7.Pasangka cover speaker.

8Sambung wayar speaker kembali,sambungkan ke punca yang betul,kalau salah sambung speaker boleh berbunyi, tapi kualiti bunyi tidak memuaskan.


selesai..
car audio accessory

Saturday, August 7, 2010

Pemasangan speaker depan

Pilihan saya untuk speaker depan adalah pioneer 3 way speaker (16cm) 280w,saiznya sesuai untuk wira,sebenarnya saya nak upgret yg lebih baik sepert mowhawk atau sound stream component ,tapi isteri dan anak tak setuju katanya bunyinye kuat sangat,bila on radio je dia org ni tutup telinga,cian tengok diorang..biasaklah bro dah bekeluarga ni tak leh lah nak ikut kepala sendiri je....
peralatan
gergaji besi,drill.pisau,skrew driver dan electric tape.
1.Bula penal pintu anda

penal pintu
2.Ambil tudung speaker dan lakarkan bentuk tutup speaker diatas penal tersebut
lakar alur yg bahagian dalam je ye
                                                              lakaran dah siap
3.potong ikut garisan yang yang dilakarkan tadi


penal pintu sudah siap ditebuk
4.pasangkan speaker ,gunakan skru yang sesuai supaya speaker melekat dengan kukuh di penal pintu

gunakan gerudi,tebuk lubang kecil dahulu supaya skru mudah dipasang
5.Lekatkan penutup speaker,gunakan skru yang panjang supaya dapat memegang speaker dengan kukuh.


6.Masukkan wayar speaker di lubang pintu dan dilubang chasis body kereta.

                                                  masukan wayar speaker di lubang pintu

masukan wayar ke lubang chasis body
masukan wayar ke lubang chasis body
7.Akhi sekali  sambungkan wayar speaker ke wayar dari radio,kalau ada crossover ,sambungkan wayar tersebut  ke croosover...selesai
untuk zoom klik kat gambar

*peringatan=sebelum kerja penyambungan wayar dijalankan ,buka punca negative bateri anda terlebih dahulu untuk mengelakan sebarang kejadian litar pintas berlaku


Diypomen face book

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails