Tuesday, February 19, 2013

Wiring horn kereta


Ada  banyak cara untuk buat wiring horn ni,yang mudah dan senang  faham  macam contoh diagram kat bawah ni.
Yang senang dan selamat saya ikut diagram yang horn button  sambung dengan wayar ground(Negative),kalau guna punca positive takut kena body je kalau wayar tu tercabut.

horn wiring 
horn wiring


1.di horn sambung satu wayar ke body kereta,dan satu wayar lagi sambung ke relay bernombor  87..tebal wayar  14-gauge primary wire atau  1.63mm.

twin  air horn
2.Relay saya tempatkan di bawah dashboard,guna  Horn realy 30-40 ampare,


realy
3.kaki relay yang bernombor 30 sambung ke bateri dan pasang satu fius 20 ampare  berdekatan bateri.
4.kaki relay bernombor  86 terus sambung di wayar bateri tadi (tengok diagram diatas)

5.kaki relay bernombor 85 sambung ke pin horn buton di stearing kereta dan satu pin lagi terus sambung ke body kereta.

horn button wiring
tapekan  semua  sambungan wiring tadi dgn kemas.,,test horn..selesai..pon pon..





Sunday, February 10, 2013

MEMBUKA DAN MEMASANG OIL SUM


Engine ni dah banyak bahagian yang keluar  minyak,head gasket,oil sum,crankcase dan sebagainye hu huh dah rupa orang minyak la pulak engine ni.tak pe saya buat sikit sikit dulu.Kali ni saya nak tukar gasket baru oil sum.kerja diy ni kalau buat seorang memang sukar.ok kita mula sekarang…

1.buka extractor dulu.hanya buka 6 skrew di extractor dan 2 screw kat penyambung pipe bawah.skrew ni sangat ketat.
buka skrew extrector



buka dua skrew bawah yg menyambung  ke pipe lurus


2.buka semua skrew oil sum,tarik keluar oil sum,kalau tak terbuka cungkil sikit dengan skrew driver atau ketuk oil sum dengan tukul getah.
buka semua skrew  oi sum

oil sum dah dibuka,selepas  10 tahun inilah rupanye


3.gunakan scraper buang dan bersihkan gasket lama,kemudian cuci oil sum sehingga bersih,keringkan oil sum.
oil sum dah dibersihkan


4.bersihkan juga tapak oil sum dekat bawah engine.

bersihkan juga tapak oil sum diengine

5.sapukan satu lapisan nipas gasket silen  di tapak oil sum,kemudian letakkan gasket baru.
gasket oil sum
sapukan gasket sealan
lekapkan gasket


6.sapukan satu lapisan nipis gasket sealen di permukaa tapak oil sum di bwah engine
sapukan gasket sealan diengine

7.pasang oil sum ke engine,ketatkan skrew secukupnya.

pasangkan semula oil sum ke engine

8.isikan minyak engine yg baru.dan chek tida sebarang kebocoran disekeliling skrew atau bahagian gasket.

10.pasang semula  exterector exzos
10sapukan exzos sealan ke mulut extractor
exzos cement

sapukan exzos semin ke permukaan sambungan exzos

12.ketatkan semua skrew di penyambungan exzos secukupnya…check di kawasan penyambungan oil sum,pastikan tiada kebocoran minyak disitu….SELESAI



Thursday, January 24, 2013

Spesifikasi minyak engine


Spesifikasi minyak engine
1.minyak engine haruslah mengikut kepekatan yan sesuai dengan suhu iklim dan jenis engine kenderaan.Minyak engine yan terlalu cair tidak melekat dipermukaan engine dengan sempurna menyebabkan   engine cepat rosak begitu juga sebaliknya minyak yang terlalu pekat akan lambat sampai ke permukaan engine.
JENIS MINYAK ENGINE
A)Minyak engine satu kepekatan,diketogerikan kepada dua
1,jenis musim sejuk,contoh grade musim sejuk  SAE 10W,SAE 15W,SAE20W dan SAE25W
2.Selain musim sejuk,contoh SAE 20,SAE 30,SAE40 DAN SAE50 (Semakin besar nombor semakin pekat minyak tersebut)
***SAE=(society of automotive engineer),pertubuhan yang mengredkan minyak engine
***w =winter

B)Minyak pelbagai kelikatan(multigrade)
Kebayakan minyak engine sekarang adalah jenis multigrade,yang membolehkan kepakatan tidak berubah bila suhu dalam keadaan sejuk atau panas.Contoh minyak grade  SAE5w-30 mempunyai kepekatan SAE 5W bila suhu sejuk dan berkepekatanSAE 30 bila suhu panas.Kebayakan pengilang kereta sekarang mencadangkan penggunaan minyak jenis multigrade.

MINYAK ENGINE SYNTHETIC
Dibuat dari bahan kimia yang diproses dan tidak semestinya dari bahan petroleum.Biasanya dibuat dari bahan campuran alcohol,carbon compound,arang,minyak mentah.minyak engine jenis synthetic lebih tahan pada kepanasan berbanding dari minyak biasa.penggunaan minyak ini juga dapat mengurakan mendakan carbon dan kotoran dalam engine,minyak ini juga lebih tahan lama dari minyak jenis mineral.

SERVICE RATING
Pada tahun 1989 (API)American petroleum institute telah memperkenalkan SG rating untuk minyak engine,minyak engine yang mencapi tahap ini adalah minyak yang  berkualiti.Rating akan berubah setiap masa sekiranya ada bahan atau formula baru dicipta atau ditambah dalam minyak engine.Rating yang terbaru sekarang ini adalah SL,SM,SN dan sebagainye.Minyak yang dicadangkan adalah combine rating,misalnye SG/CE  ,SG/CF dan sebagainya.minyak  engine yang tiada label combine grade boleh merosakan engine.

CONTOH KETERANGAN MENGENAI MINYAK ENGINE DIBAWAH=

MINYAK ENGINE SAE 1OW-30
 ,klik pada gambar  untuk membesarkan sizenya.



SAE 10W-30
Bermakna mempunyai kepekatan sae 10w bila engine sedang sejuk(waktu pagi atau engine baru hendak dihidupkan ) dan berkepekatan sae 30 bila engine panas(engine sedang beroperasi).

API : SL/CF
Service rating minyak
API= AMERICAN PETROLEUM INSTITUTE
SL=ketegori untuk engine petrol,diperkenalkan pada tahun 2001,sesuai untuk kereta,van,truck,sport car,telah diluluskan dan diuji oleh (ACC)American chemistry council.
CF= untuk high speed,disel dan 4 stroke engine.

ACEA-A3/B3-98
ACEA=European automobile manufactures association
A3/B3= kekal pada grade,sesuai untuk engine petrol dan disel juga untuk high performance engine.

ILSAC GF3
ILSAC International lubricant standardization and approvel committee.
GF3=mesti mencapai grade API SL dan EC-II ,menjimatkan penggunaan petrol,mengawal kotoran dan mendapan carbon dan kekal  dalam kepekatan.
EC=grade penjimat minyak (economic consumption)





Tuesday, December 25, 2012

menukar coolent spare tank

Penutup coolent spare tank saya dah loose,tak boleh nak tutup sepenuhnye.walaupon bende ni simple,hanya tangki plastic tapi kalau dah bocor engine boleh overheating.seperti biasa soping kat kedai sparepart,nak cari penutup sahaja malangnya tak de jual,terpaksalah beli dgn tangki sekali,harganye rm23..
1.buku tutup tangki ,lakukan kerja ni semasa engine dlm keadaan sejuk.buka dua skrew yg memegang tangki coolent,lihat gambarajah dibawah
coolent spare tank baru
                                          buka dua skrew ,lepas tu tarik saja tank keluar

2.pasang tank baru,dan sambung return hose ke tudung yg baru.
                                                               tank baru dah pasang

                                     pasang hose return hose ke tudung tangki semula

3.Isikan air sampai tanda full di tangki dan tutup tudung semula...selesai

looking for car performance part please click >>>> diypomen motorsport

Sunday, December 16, 2012

MASTER PAM BREAK ROSAK

TENGAH syok memandu sambil layan lagu di sinar fm,tiba -tiba kereta depan menekan break,aku pon secara normal tekan break jugak lah..,ehh kete tak nak berhenti,, berdegup jantung ni,,aku pun terus pam pedal,,hu hu nasib baik tak sondol kereta depan...syukur tak merempit,kalau tidak accident tadi..kena pam dua tiga kali dulu baru break nak makan..tak boleh jadi ni bahaya ,kena balik rumah terus..

1.Kalau kes macam ni biasanya ada kebocoran berlaku di pam break atau di master pam cylinder break.

cek keempat-empat break adakah ada sebarang kebocoran disitu,kemudia cek juga di master pam cylider





chek dikawasan sambungan sekiranya ada berlaku kebocoran minyak disitu


2.saya dah chek keempat break,semuanya ok hose line pon tak bocor,jadi masalah nya adalah berpunca dari master break pam ,master break pam duduk dalam kawasan engine.memang pasti benda ni dah rosak sebab ada nampak kesan minyak kat kawasamn body master pam.

master pam break






3.pegi kedai sparepart cari barang,yg baru original harganya rm100,yg local rm60 ,aku pon suruh dia keluarkan dua barang tu utk compare,ternyata ori memang cantik ,memandangkan bajet tak cukup saya ambil yg local (tapi high grade,saya check material dia dulu takut ada sebarang kekurangan,nampaknya ok).lepas tu tambah dengan sebotol minyak break dot 3 rm10..jadi total semuanya rm70..sebelum bayar saja nak kacau apek tu,,apek tahan ke ini barang,,lu mau tahan lama angkat la ori punye,,ini pon ok juga,itu negeri yg buat ini barang sudah lancar roket tiga kali ma..u mau murah lagi pon ada tapi tak tahan lama loo..aku pon jawap ok ,ok tauke  tak pe nak yg ni je...kalau layan apek ni memang tak selesai kerja saya...

4.gunakan picagari untuk mengeluarkan minyak break  di dalam takungan minyak

4.buka dua hose besi yg melekat di master pam



guna spana size 10,hati2 ,pakai cermin pelindung mata,kadang minaak boleh terpancut kelur,,minyak break boleh melunturkan cat kereta,so lapik  kain disekitar tempat berkerja,bila selesai basuh dengah air ditempat yg terkena minyak break.


5.buka dua skrew yg mengikat master pam ke break servo.kalau susah nak keluar cungkil dengan screw driver besar.
                                                                    buka screw ,tgk anak panah



                                                                                            master pam dah dibuka
pasang master pam baru,ikat dua skrew di serbo dulu,tapi jangan ketatkan dulu,pasang dua hose besi ke master pam,ketatkan semua screw.isi minyak break sampai penuh,dan buat bleeding di master pam dan di keemapat break..test sistem break anda,pastikan semua beroperasi dengan sempurna.*cara bleeding break ada di post yg terdahulu..cuba search di kotak search.
pam break baru dan dot3 minyak break



            
                                                            pam baru sedang di pasang

ok dah siap,,kalau break kurang pressure buat bleeding di sini juga,,tgk anak panah.


Perhatian..kerja diy ni tak sesuai untuk  yg baru,kalau nak buat juga mestilah dibantu oleh org yg dah mahir dan berpengalaman ,hanya untuk rujukan pembaca saja,sekiranya mengalami keroskan break anda tahu masalahnya dimana,,kegagalan atau kesilapan dlm kerja baik pulih ni amat merbahaya kerana boleh menyebabkan kemalangan,,,saya tidak bertanggung jawap atas kecuain dan kesilapan anda.


looking for car performance part please click here    tq    >>>>>. diypomen motorsport

Monday, November 5, 2012

Memasang push start button


 Bulan lepas dah pasang push start button untuk kereta wira.sekarang ni kereta dan motor dah byk pakai start buton,rasanya mudah saja nak pasang benda ni.model ni saya hanya guna  power swith dan push button,swith yg lain saya tak guna.

1.mula –mula cari lokasi yang sesuai untuk anda letakkan suis tersebut.pilihan saya dekat tempat spiker depan kerana speker dah tak guna lagi,buka cover dibawah stereng,gunaan  gergaji besi untuk menebuk  lubang  dashboard.
lubang dah siap di tebuk
2cari lokasi wayer ignition dan wayar starter dahulu.
3.kesan wayar yg nak disambung ke push button .relay  dan strater,caranya mengesan wayar-wayar tersebut  tgk kat link ni,,,http://diypomen.blogspot.com/2009/12/diy-memasang-turbo-timerturbo-timer.html....wayer starter adalah wayar yg tiada  power.(sumber kuasa)


4.smabung wayar starter ke kaki rely
5.sambung wayar power ke kaki relay
6.sambung kaki relay negative ke body
7.smabung wayar power ke push button,dan dari push button kekaki  relay

tengok gambar di atas...wayar biru dari relay sambung ke wayar starter,
wayar hitam ke punca negative(body kereta)
wayar merah ke suis dan push button
push button ke wayar merah relay ,sambung satu wayar tebal dari bateri ke suis on/off. .wayar antara bateri dan suis on /off kena taruk satu fius(30A).

8.dah siap semua  penyambungan,skrukan push button ke dashboard. dan pasang semula dashbord...
selesai

suis asal boleh guna dan push button pon boleh guna




Friday, October 26, 2012

memasang jasma 14 inci kipas radiator high speed


Salam Aidil Adha  kepada  keluarga dan kawan-kawan  semua dan  juga selamat menjalankan ibadah Korban.hari ni saya tak dapat balik kampong sebab radiator lama dah bocor,hanya dapat bertahan  1tahun 10bulan selepas diwelding.nampaknya dah kena tukar radiator baru.alang-alang tukar ,saya pasang sekali kipas radiator 14inci high speed brand jasma,,,lepas solat sunat raya terus operasi…

letakan kipas baru diatas permukaan radiator untuk membuat mounting plat kipas,
2.potong plat aluminium untuk mengikat kipas ke radiator.
aluminium plate  boleh beli di kedai hardware
3.gunakan skrew untuk mengikat plate ke kipas,,hu hu saya ada 1 screw je..kedai apek tutup,nasib baik ada cable tie.
plate siap dipasang

kipas dah siap pasang ke radiator
4.potong wayer sensor dari kipas lama dan sambung ke kipas baru.kalau pasang di depan radiator angin mesti meniup ke arah engine.
wayer suhu sensor
wiring kipas dan sensor suhu dah siap
5.pasang radiator dan test kipas....selesai,,besok pagi boleh la  balik kampung....


car performance part katalog click >>>>>bandar saujana autopart

performance part catalogue

performance part catalogue
car performance part

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails